Thursday 29 September 2011

APAKAH ITU TEKNOLOGI NANO DAN TEKNOLOGI TANPA GESERAN??



Teknologi Nano

TEKNOLOGI NANO boleh didefinisikan sebagai suatu penemuan paling hebat dan mengagumkan pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat dan berguna kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi mengenalpasti bahan-bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap keadaan alam sekitar kita sekarang.


Partikel-partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu.

Kelebihan Teknologi Nano di dalam Minyak Pelincir

KELEBIHAN Teknologi Nano yang digunakan di dalam Minyak Pelincir ini  adalah untuk membantu sistem pembakaran enjin yang lebih sempurna. Kesempurnaan pembakaran bahan api di dalam enjin dapat membantu pengguna menjimatkan penggunaan petrol serta menambah prestasi enjin setiap kali pedal minyak ditekan.

Di antara kelebihan Minyak Pelincir keluaran dan jenama Platinum Oil™ untuk Fully Synthetic, Platinum Synthetic dan Semi Synthetic adalah :

1.  Berkesan sehingga 15,000km sebelum penukaran minyak pelincir seterusnya.
2.  Memberi perlindungan enjin sehingga 5 kali ganda berbanding minyak pelincir biasa.
3.  Meningkatkan prestasi (pick-up) enjin sehingga 90%
4.  Enjin lebih mudah dihidupkan walaupun dalam cuaca sejuk.
5.  Manpu bertahan walaupun berada dalam suhu yang panas.

TEKNOLOGI TANPA GESERAN DI DALAM PLATINUM OIL™

Teknologi Tanpa Geseran (ZFT)

TEKNOLOGI Tanpa Geseran  merupakan teknologi yang telah dipatenkan yang bermaksud 'zarah-zarah mikro' di dalam minyak ini bertindak untuk mengisi permukaan plat logam atau keluli yang tidak sempurna seterusnya menjadikannya mengandungi sifat-sifat extra-ordinari untuk kaedah pelinciran.

Kebiasaannya, untuk setiap satu logam yang bersentuhan antara satu sama lain (seperti di dalam enjin, kotak gear atau bearing) akan lambat-laun mengalami kehausan permukaan yang disebabkan oleh kesan geseran tersebut.

Kehausan permukaan yang disebabkan oleh geseran ini terdapat pada permukaan logam, enjin atau peralatan yang bersentuhan. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak tenaga diperlukan untuk melancar dan memastikan peralatan tersebut berjalan atau berfungsi dengan lancar. Dengan itu,penggunaan minyak petrol untuk kenderaan akan menjadi kurang efisien iaitu mengakibatkan pembaziran minyak petrol.

Dengan penambahan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) di dalam Minyak Pelincir Platinum Oil™ ini secara tidak langsung memberi satu lapisan perlindungan dan seterusnya mengisi ruang-ruang yang bermasalah pada peralatan dan enjin. Dengan bantuan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) ini, ia menjadikan enjin atau peralatan berfungsi dengan lancar dan ininya bertindak untuk memperbaiki permukaan luar dan dalam.

1 comment:

  1. Casino Games - MapyRO
    See 대전광역 출장안마 what's popular at Casino 전라북도 출장샵 Games in Thackerville, IN, 오산 출장마사지 including popular table games 전라북도 출장샵 like Blackjack, 화성 출장샵 Roulette and more. Rating: 3.9 · ‎15 reviews

    ReplyDelete